Monday, February 8, 2010

Mesyuarat Bersama Persatuan Guru Besar dan PIBG

Satu mesyuarat khas bersama Persatuan Guru Besar SJK Tamil Negeri Melaka dan Persatuan PIBG SJK Tamil Negeri Melaka telah diadakan baru-baru ini. Mesyeruat ini dipengerusikan oleh YB Datuk R.Perumal dan turut dihadiri oleh Datuk R.Raghavan selaku Pengerusi MIES Melaka. Pelbagai isu dan perkara penting dibincangkan pada mesyuarat tersebut. Perjumpaan seperti ini dapat merapatkan jurang diantara pelbagai pihak untuk memperbaiki dan membawa perubahan yang positif kepada SJK Tamil di Negeri Melaka.



Monday, January 4, 2010

Program Pendaftaran Sijil Kelahiran Kes Daftar lewat - Peringkat Daerah Jasin






Pada 3 Januari 2010, Jawatankuasa Khas Pejabat YB Datuk R.Perumal telah mengadakan Program Pendaftaran Sijil Kelahiran untuk Kes-Kes Daftar Lewat di Daerah Jasin. Seramai 22 telah hadir pada hari tersebut. Kepada pemohon yang mempunyai dokumen lengkap, temuduga juga dijalankan pada hari itu. Kerjasama daripada pegawai-pegawai JPN Melaka amatlah dihargai. YB Datuk R.Perumal dan Datuk R.Raghavan telah turut hadir pada hari tersebut.