Monday, February 8, 2010

Mesyuarat Bersama Persatuan Guru Besar dan PIBG

Satu mesyuarat khas bersama Persatuan Guru Besar SJK Tamil Negeri Melaka dan Persatuan PIBG SJK Tamil Negeri Melaka telah diadakan baru-baru ini. Mesyeruat ini dipengerusikan oleh YB Datuk R.Perumal dan turut dihadiri oleh Datuk R.Raghavan selaku Pengerusi MIES Melaka. Pelbagai isu dan perkara penting dibincangkan pada mesyuarat tersebut. Perjumpaan seperti ini dapat merapatkan jurang diantara pelbagai pihak untuk memperbaiki dan membawa perubahan yang positif kepada SJK Tamil di Negeri Melaka.



Monday, January 4, 2010

Program Pendaftaran Sijil Kelahiran Kes Daftar lewat - Peringkat Daerah Jasin






Pada 3 Januari 2010, Jawatankuasa Khas Pejabat YB Datuk R.Perumal telah mengadakan Program Pendaftaran Sijil Kelahiran untuk Kes-Kes Daftar Lewat di Daerah Jasin. Seramai 22 telah hadir pada hari tersebut. Kepada pemohon yang mempunyai dokumen lengkap, temuduga juga dijalankan pada hari itu. Kerjasama daripada pegawai-pegawai JPN Melaka amatlah dihargai. YB Datuk R.Perumal dan Datuk R.Raghavan telah turut hadir pada hari tersebut.

Sunday, December 27, 2009

PROGRAM PENGHARGAAN ANJURAN MUTHAMIL MADRAM MELAKA




Satu program penghargaan Y.B. Datuk R.Perumal dan Yg. Bhg. Tuan M.S. Mahadevan sempena penerimaan darjah kebesaran DMSM dan KMN telah dianjurkan oleh Persatuan Muthamil Mandram Melaka dibawah kelolaan saudara Ragu di Dewan Kasturi, Ayer Keroh. Seramai 100 orang telah turut hadir dalam program ini. Turut hadir, Yg. Bhg. Datuk R.Raghavan, Datuk Meera Maidin, En.G.Kannan, En.S.Periamalai dan Ahli Jawatankuasa MIC Negeri Melaka serta Pengerusi-pengerusi NGO Melaka.

Tuesday, December 22, 2009

Majlis Meraikan Murid-Murid Cemerlang UPSR 2009




Melaka Indians Educational Society telah meraikan murid-murid SJK(T) Tamil yang cemerlang di UPSR 2009 di ILP Bukit Katil baru-baru ini. Tetamu kehormat adalah YB Datuk Dr.S.Subramaniam, YB Datuk R.Perumal dan Y.Bhg Datuk R.Raghavan. Murid-murid diraikan degan pemberian hadiah dan sijil penghargaan. Seramai 35 murid-murid mendapat 7A dan 25 murid-murid mendapat 6A. Jumlah keseluruhan adalah 60 murid-murid cemerlang. Majlis seperti ini diadakan pada setiap tahun bagi menghargai dan sebagai motivasi kepada murid-murid SJK Tamil di negeri Melaka.

Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru SJK (T) Alor Gajah





Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru SJK (T) Alor Gajah telah disempurnakan ole YBhg Datuk Seri S.Samy Vellu. Turut dihadiri oleh YB Datuk R.Perumal dan YBhg Datuk R.Raghavan dan juga Y.Bhg Datuk Rajagopaloo.

Wanita MIC Melaka Giat Menjalankan Aktiviti dan Program







Untuk menyertai program Wanita MIC sila hubungi Ketua Wanita MIC Negeri Melaka, Pn. Santha Basil : 012-6070762

Pelancaran Buletin MIC Melaka








Buletin MIC Melaka telah dilancarkan oleh YB Datuk Dr.S.Subramaniam pada 5 Disember 2009 di ILP Bukit Katil. Buletin ini adalah inisiatif YB Datuk R.Perumal untuk memastikan maklumat terkini sampat ke peringkat akar umbi. MIC Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai Buletin bulanannya yang tersendiri.